Jumaat, 25 November 2011

Salam Maal Hijrah


“Orang yang berhijrah ialah orang menjauhi
apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya.”
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim


Semoga Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun Lepas...

Masak Mayat Suami

Itulah perkara benar yang berlaku di Karachi apabila seorang isteri telah didapati membunuh suaminya lantaran marah dan kecewa dengan tindakan suaminya yang ingin berkahwin lagi tanpa persetujuannya. Lebih mengerikan lagi apabila mayat si suami yang malang itu di potong-potong menjadi bahagian kecil untuk dimasak.

 Gambar hiasan

Wanita yang bernama Zainab Bibi itu, dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut dengan bantuan anak saudaranya di Selatan, Karachi. Perbuatan kejam tersebut terbongkar selepas pihak polis yang menerima laporan daripada jirannya.


Rasa-rasanyakan sanggup ke nak makan????lau cik changkul memang tak sanggup ler nak menjamahnyer...tapi mungkin disebabkan terlalu marah dengan tindakan suami yang tega untuk berkahwin lain menyebabkan si isteri ini bertindak diluar batas kemanusiaan.

Mungkin si isteri ini berkata kepada suami "why abang???why me???...apa salahku diperlakukan begini???...hehehe

Buat lelaki ambilla ikhtibar yer...ada wanita yang rela dimadu walaupun madu itu manis tetapi disebaliknye mengandungi pahit kepada wanita apabila terpaksa bermadu kasih. Mungkin bagi lelaki bermadu itu manis kerana dia tidak bermadu tetapi telah memadukan isteri-isterinya.

Sumber : mynewshub

Rabu, 23 November 2011

Putar Isteri

Assalammualaikum.....

Ermmm..baca paper metro hari ini...terus ternampak berita utama yang mengerikan iaitu si suami telah menekap ke muka isteri dengan menggunakan seterika panas dan selepas itu telah menjerut leher dan menggantung isterinya di kipas dengan menggunakan selendang tetapi terselamat apabila selendang yang digunakan itu terputus.

Punca utama adalah disebabkan isterinya mempersoalkan mengapa dia diceraikan. Suaminya yang secara tiba-tiba naik berang terus mengmabil seterika yang panas dan menekup ke muka isteri tanpa belas kasihan apabila si isteri merayu kesakitan. Si suami juga dikatakan telah menjadi lebih ganas dengan memukul mangsa dengan menggunakan kaki dan tangan.

Difahamkan, sejurus selepas mangsa terselamat mangsa telah melarikan diri untuk meminta bantuan daripada jiran terdekat.

Gambar Hiasan

Kesimpulannya, adakah wajar isteri dijadikan mangsa keadaan??mangsa panas baran??mangsa kekejaman??seharusnya wanita ini kaum yang dilindungi kerana sifat dan naluri yang lemah-lembut dan sangat sensitif.

Isnin, 21 November 2011

Video yang meruntun hatiku

Video Pilihan Hari Ini

Perkahwinan Artis pada 20/11/2011

Sekarang nie tengah musim kawen...lebih-lebih lagi bulan november nie banyak tarikh yang cantik...berebut-rebutla pasangan nak melangsungkan walimatul urus masing-masing sebagai tarikh yang bersejarah. 
Cik changkul nak cerita nie tarikh yang cantik iaitu 20.11.2011....wah,ramai jugak artis yang memilih tarikh nie ye....pasangan artis yang memilih tarikh nie untuk melangsungkan pernikahan adalah :
1) Zahiril Adzim dengan pasangan Shiera Ayob
2) Michelle dan Deqwan
3) Ezlynn dan Adam Fahmy 


Pasangan Comel Zahiril Adzim dan Shiera Ayob

Pelakon siri Juvana, Zahiril Adzim telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan juga pengacara, Shiera Ayob di Ipoh Perak. Dikatan Shiera menerima RM 18,000 dengan mas kahwin RM 1,001.






 Gambar Kredit Beautifulnara

Pasangan Michelle (Melodi) dan Deqwan (Remaja TV9)


Dengan sekali lafaz, pengacara Melodi yang sensasi iaitu Michelle Wee, atau nama Islamnya, Dalili Michelle Abdullah Wee telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Tengku Naharuddin atau Deqwan. Michelle telah menerima hantaran berjumlah RM 8,888.00 dan mas kahwin RM 300 dengan hantaran lima dulang berbalas tujuh

 Gambar kredit Beautifulnara

Sumber kredit CST PRODUCTION

Pasangan Ezlynn dan Adam Fahmy

Akhirnya, penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu hi hi bye bye ini telah selamat diijabkabul bersama pasangannya Adam Fahmy Shamsudin. Ezlynn telah menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20 dan mas kahwin RM 80.



Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga tahniah diucapkan kepada pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada tarikh 20.11.2011.

Jumaat, 18 November 2011

Mengantuk

Mood di kala waktu ini adalah seperti gambar baby dibawah ini...alangkah syoknyer jikalau dapat melelapkan mata diwaktu hujan sebegini....huhuhu

Pengantin Berkahwin dan Bercerai pada tarikh keramat 11.11.11

Assalammualaikum....

Anda rasa terkejut tak dengan tajuk diatas tue???of course ler kan....but thats a true story yang berlaku di Dhaka, Bangladesh....pasangan ini telah berkahwin pada jam 11.11 pagi pada tarikh 11.11.11.....difahamkan bahawa kejadian ini berlaku disebabkan salahfaham..dimana dikatakan bahawa ibu saudara pengantin lelaki telah meminta hantaran perkahwinan daripada pihak pengantin perempuan...mereka dikatakan bercerai beberapa minit kemudian..

klik sini

Adui,macam-macam la...dah jadi macam trend lak kawen gah and spend a lot of money and then divorce...(speaking la pulak...hihihi)....tapi sekarang ada lagi ke yang mengamalkan tradisi meminta hantran daripada pihak perempuan???
Lau ade lagi jawabnye sesuke ati pihak laki jela nak mintak ape-ape pon kan...ewah-ewah senangnyer idup yer....

Memori Di Waktu Hujan

Assalammualaikum....

Harini hujan di Subang Jaya....pagi-pagi dh hujan...panas tetapi hujan....sekejap je lepas tu berhenti...dan kembali hujan semasa kami warga-warga office kuar berehat pada jam 12 tengahari..kami berlima merancangla pergi ke mcDonalds...maka hujan pun telah turun dengan lebatnya....

sekadar gambar hiasan..hehehe

Sudahla tu...nak mencari parking pun satu hal gak...jenuhla yang drive pusing-pusing nak mencari tempat parking.....kemainla penuh dengan kereta...salah parking kang tak pasal-pasal kena tarik dengan Majlis Perbandaran..melayang ongkosnya...huhuhu......

Akhirnya,setelah berpenat lelah mencari parking...ketemu jua akhirnya...tapi berbayor la lak...sapu jela janji ade parking...dari kena tarik dengan "pengangkutan tu".....dh masuk tempat parking berbayar tu...mak aii, sume tempat parking level ground floor dh kena reserve la pulak....adoyaiiii...

Maka, kami pun dengan sedaya upaya berusaha mencari lagi tempat parking yang strategic... sampaila akhirnya kami ke Level 3....berjaya......berjaya parking jerk....lepas tue menapak turun tangga....steady lagila turun tangga...cer nengok nanti mase naik tangga....kahkahkah

gambar hiasan

Turun je dari kawasan parking...hujan tak reda lagi...payung pulak ade satu jerk..kami ni berlima....betul gak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'....kami pun alang-alang dah payung tu tak mencukupi untuk menampung kami semua...maka jommm reeeeddaaaaaaaaahhhhh....

payung terbang..

Akhirnya kami pun sama ke destinasi dituju iaitu McDonalds.....disamping dengan kebasahan melanda...hihihi....nasib baikla tak ramai sangat orang...lepas tu orderla ape yang patut....alamak tengok jam dah menunjukkan pukul satu(tol ke...bkn dh lebih...hehehe)....time untuk balik....

Ermm,nak balik pon hujan...redah jela...pe nak buek kan....hingga la tibe di bangunan parking...alamak???nak menapak sampai Level 3???boleh le??perotku sudah kenyang nie.....tapi ape nak buat rela dalam terpaksa (cam tajuk lagu lak..hehe)......dalam kepayahan kami mendaki jugak anak-anak tangga yang tidak terhitung banyaknya...bile dah nampak L3...fuhhhhh,lega.....sampai-sampai je memasing kemengahan....dengar bunyi suara mengah jerk...nampak sangat memasing dah lama tak wat senam aerobik...wakakakaka

 adoiii,susahnyer nak naik tangga...


usaha tangga kejayaan...

Akhirnya,selamatla kami semua sampai ke office dengan jayanya dan usaha kami yang penat mendaki anak-anak tangga yang comel tadi...ehehehe....apabila dah selamat sampai memasing pon mengantokla...(dah lazim dh tue...hehehe)

Sekian, Tamat Sudah,...Cerita....







Kebosanan Melanda

Assalammualaikum...

Ape khabar sume???haaa,dh baca tajuk cik changkul untuk pagi nie????
KEBOSANAN MELANDA....
Tak tau la nak buat ape nie...????
Bos pon takde kt ofis nie...jadinyer al-maklumla xdela keje....
lau tidak tak menang tangan nak menyiapkannyer...
huhuhu......


 
So,apekate kite layan movie...hehehe
Orang lain dinasihatkan jgn melakukannya time Boss ade lak..hihihi



Selasa, 15 November 2011

Merokok Dari Pandangan Islam

 

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 

Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
 
Keterangan/Hujah: 


1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.









Sumber di ambil dari : e-fatwa

Khamis, 10 November 2011

Dosa yang lebih besar dari berzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Selasa, 8 November 2011

Mutiara Kata


Sibukkanlah dirimu mengingat dengan kesalahan-kesalahanmu, sampai kau tidak punya waktu untuk sibuk dengan kesalahan orang lain... ♥

Sabtu, 5 November 2011

Doa paling banyak dibaca

Anas bin Malik (radiyAllaahu anhu) mengatakan,

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - « اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ »

“Do’a yang paling banyak dibaca oleh Nabi sallAllaahu ‘alaihi wa sallam:
...
“Allahumma Robbana aatina fid dunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wa qina ‘adzaban naar” [Wahai Allah, Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka].”

[HR. Bukhari no. 2389 dan Muslim no. 2690]

••► Di dalam do’a telah terkumpul kebaikan di dunia dan akhirat.

Al Hasan Al Bashri mengatakan, “Kebaikan di dunia adalah ilmu dan ibadah. Kebaikan di akhirat adalah surga.” Sufyan Ats Tsauri mengatakan, “Kebaikan di dunia adalah ilmu dan rizki yang thoyib. Sedangkan kebaikan di akhirat adalah surga.”

Selasa, 1 November 2011

Doa Pendekat Jodoh


 Ya Allah, jadikan dirinya "nama orang' kekasihku didalam hati yang tenang dan be...rikan kabar gembira kepadanya dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya..Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan.dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang..

Khamis, 22 September 2011

Motivasi - Bangkit dari Kegagalan

Assalammualaikum....

Arini cik changkul nak kongsikan satu klip video berkaitan motivasi iaitu "Bangkit dari Kegagalan"...kenapa cik changkul letak video nie???kerana cik changkul rasa motivasi cik changkul down sesangat arini....jadi cik changkul perlukan sesuatu untuk menaikkan semula motivasi diri...




Semoga dengan adanya video ini dapat menyuntik semula semangat dalam diri ini...(^_^)

Burger....oh...burger

Assalammualaikum....


Selamat petang semua....hari ini cik changkul makan makanan segera masa tengahari tadi....ajakan rakan sepejabat...seingat cik changkul la kan...agak lame jugak cik changkul tak pekena burger....pilihan hati untuk burger hari ini adalah..MVMealMcChicken....beserta air coke...dahla cuaca romantik je hari nie...he2....

Besarnyer...hehehe   

Sesekali makan makanan segera bolehla...tapi kalau selalu boleh "bankrup"...Kalau nak jugak makan selalu boleh tapi kawen dengan orang kaya...tak pon jadi orang kaya....hahahaha.....tapi yang pastinyer berbelanja ikut kemampuan dan keperluan bukan ikut kehendak...

Isnin, 19 September 2011

Bertudung tapi....?????

Assalammualaikum....

Dsini cik changkul nak kongsikan gambar ekslusif tentang pemakaian tudung tapi tidak semenggah mana dengan etika pemakaian yang sepatutnya sopan, meutup aurat,tidak mendedahkan rambut dan mendedahkan bentuk badan...Ianya jauh sekali bertentangan dengan hukum Islam...maaflah cik changkul ni pon bukanlah muslimah sangat tapi masih tahu cara berpakaian...

Nampak rambutnyer....


Sapela nak tengok ni???

Terdedah lurah dendam....

Fesyen ape nie???

Tayangan free woo....

Khamis, 15 September 2011

Perodua Myi SE, Myvi Extreme

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dah lancarkan 2 model kereta baru hari....wallah...wallah....dengar ceritanya kereta ni menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa...vroom...vroom...hehehe...

Kereta ini dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi dengan kuasa enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT dimana mampu memberikan kuasa sehingga 76W pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm..edisi ni diceriakan dengan 5 pilihan warna2 menarik iaitu kuning, putih, unggu, hitam dan perak berkilat..manakala Myvi Extreme diceriakan dengan 4 warna metalik iaitu kuning, putih dah hitam.

Jadi pada sesiapa yang dah berkenan tue sila2la tengok buku bank anda yer...jangan pantang nampak kerete baru keluar terus nak sambar..hujung bulan garu kepala...hahaha!!!!

Tersangat menarik

Cunnn....



Ha?????????


Selasa, 13 September 2011

Wahhh...kenyataan berani Mamat Sepah sanggup junjung Al-Quran

Wahhh...wahhh...dek kerana penangan cinta...pelawak Mamat Sepah sanggup menjunjung Al-Quran bagi membuktikan bahawa kenyaatan bekas kekasihnya iaitu Adda adik kepada rodi kristal itu adalah tidak benar...kalau dah sampai menjunjung Al-Quran tue bermakna apa yang disampaikan oleh Adda itu adalah palsu...

Hai, Mamat Sepah jangan kerana dah dapat pengganti baru maka yang lama dibuat musuh..dulu yang lama jugakla yang dikejar, yang disayangi...sekarang ape kes?????


Mamat Sepah & Fida


Dalam kenyataannya Mamat berkata;
"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan. Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan"

Adda


Aduhai...macam2la artis sekarang nie kan....nak baca lebih lanjut klik SINI

Pelajar disihir guna gambar dalam FB!!!

Assalammualaikum....

Baca suratkhabar kosmo tadi..terbaca pulak artikel tentang seorang wanita disihir dengan menggunakan FB...bahaya betul...sekarang ni macam2 orang boleh buat kalau dah mempunyai PHD ni...kalau rasa tak puas hati sangat cubela bagitau sendiri ape yang tak puas hatinyer...tak pon buat macam sesetengah artis tue hentam kat FB dan TWITTER...

 Petikan dari kosmo :
"Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka."
                                                         Sumber dari kosmo
Jadi peringatan buat semua yang membaca blog nie dan juga buat diri sendiri...berhati2lah sebelum terkena...

Aku jadi pengapit bah.2

Assalammualaikum.....

Arini cik changkul nak kongsi lagi gambar cik changkul jadi pengapit...(yeke gambar jd pengapit????ntah2 asik muke minah nie enterprem syok sendiri jer...hahaha)..bile dah bergambar tue asik muke dia ajer....

Mekap dulu sebelum jadi pengapit....nervous seyhh....

Posing jap..dengan muke tak malu ambil bunga pengantin....syhhh

Bergambar dengan pengantin sebelum jadi pengapit n pengantin disandingkan

Berdua denganmu pasti lebih baik....


Ade tokoh jadi pengapit pengantin x??hehehe

Sesi merenjis...yang berbaju hijau, bertudung cokelat tue FFM kami gak..sorang jadi pengapit..sorang jadi pengapit..sorang lagi merenjis...wallah

Nervous je muke sume..dari pengapit sampai ke pengantin...
Makan beradap....serius je muke pengantin lelaki yang bernama Encik Mahathir..'senyumla sikit bang'

Ai..pengapit nie..mesti nak jugak muke dia ade kan...
 
Haaaa...kan betol....dah agak dah...asik muke dia jer....gambar jd pengapit tak seberape nak ade..hehehe..jadilah kan..ade jugak gambar kenangan jadi pengapit..korang ade???hahaha....pasni cepatlah melekat..dah dapat berkat pengantin...semoga diperkenan...AMIN

Kepada pengantin baru dan juga sahabatku...SELAMAT PENGANTIN BARU...semoga kalian berdua dapat menjaga mahligai yang baru dibina ini sebaik mungkin...menjadi keluarga yang sakinah..dikurniakan anak2 yang soleh solehah...cepat2 dapat baby tau...(^_^)

Isnin, 12 September 2011

Yeah..dapat topup percuma!!!!

Alhamdulillah tak disangka2 arini dapat topup percuma lak....hehehe....tapi bukan ade orang yang bermurah hati bagi tau tapi rangkaian maxis yang bagi...RM 9 hinggit tue....owh,baru ingat sebab kelmarin cik changkul beli topup online RM30...tengah promosi rasenyer kot...selama 1 minggu dari dari promosi tue lau topup RM30 keatas dapat kredit percume RM9 hinggit....rezeki...tapi kenela melabur dulu sebelum dapat imbuhan....hik..hik..


Belila topup anda sekarang yer....jadi duta jap..hehehe

Aku jadi pengapit bah.1

Assalammualaikum....


Hai..Hai...lame dh cik changkul tak tulis blog...busy bebeno...hehe..mengalahkan mentori besor lak..hihihi...Nie cik changkul nak story mory ckit....cik changkul jadi pengapit kawan baik kawen..kire FFM la...hah???tak tau FFm tu ape????ish2....nie ha FFM singkatan pada Friendship Forever Member...ok x??hehehe.....

Tahniah pada kawan cik changkul NURUL AKMA & MAHATHIR yang telah selamat diijabkabulkan dengan jejak pilihan hatinyer....tap kawan2 cik changkul yang very the vogue n kecoh-mecoh tue telah menggelarkan pengantin ASMAH&MAHATHIR...paham2 jela yer...hehehehe...pengantin jangan marah ye sb sesuai beno dengan name tue

Ha,nie baru bahagian pertama dlam slot 'Aku jadi pengapit bah.1'.....banyak lagi gambar n cerita tapi akan disambung pada bah.2....hehehe

Gambar kenangan pengantin dengan kengkawan...cik changkul berbaju n bertudung ungu


Nie kiteorang berani mati amek gambo dkat jalan ketapi...hehehehe
Dibawah rimbunan pohon bunga2 sakura di Batu Anam
Minah nie asik gambo dia jer..hehehe...gila gambo tol...  
Aik...cam pelik je aku tengok tulisan nie???/

Mesti korang semua pelik kan???kate jadi pengapit...tapi takde pon gambar cik changkul jadi pengapit...yang ade gambar gila kuasa amek gambar sendiri...hehehe...
Kalau nak tengok cik changkul jadi pengapit kenalah tunggu bahg.2...hehehe
Nie gambo posing-mosing diri sendiri dengan kengkawan dulu....gambar outdoor prawedding kami..keh..keh
Nantikan sambungannyer......(^_^)

Sabtu, 10 September 2011

Indahnya bergelar Wanita

Assalammualaikum....


Hari tu adalah terbaca artikel nie kt sebuah majalah tapi lupe la pulak dalam majalah ape ek....(mintak izinla copy yer..hehehe). Artikel nie cam best jer...mungkin anda semua dah pernah baca kot...tapi takpela cik changkul kongsikan sekali lagi la yer...buat renungan bersama.....~lalalalalala~

1.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan di ampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanyer dan apabila dia hiburkan hati anak-anaknyer ALLAH memberi 12 tahun pahala ibadat.
2.Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah' akan di doakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3.Wanita yang mengauli tepung gandum dengan 'bismillah', ALLAH akan memberkati rezekinya.
4.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
5.Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
6.Wanita yang bersalin akal ALLAH kurniakan 1 pahala Haji.
7.Sekiranye wanita mati dalam masa 40hari selepas bersalin, dia akan dikira sbg mati syahid.
8.Jika wanita melayani suaminya tanpa khianat akan dapat pahala 12 tahun solat.
9.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 1/2 tahun)maka malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
10.Jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yang menangis, ALLAH akan memberi pahala 1 tahun solat & puasa.
11.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahal 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
12.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
13.Jika suami mengajarkan isterinya 1 masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
14.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALLAH di akhirat, tetapi ALLAh akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah didunia ini dengan istiqamah.


Gambar hiasan
                                       
p/s : Renung-renungkan wahai wanita dan selamat beramal....hihihi

Rabu, 7 September 2011

Baik punya kena marah....!!!!

Assalammualaikum....

Hai..hai...bertemu kembali....dh lame cik changkul tak mengupdate blog....sebelum tue nak ucapkan selamat hari raya kepada semua....maaf zahir & batin....

Arini cik changkul berpuase...dah 3 ari...puase 6 la katekan..hehehe...alhmdulillah berpeluang lagi berpuase..tapi dh petang2 yang hening nie jd spoil mood lak....sebab ape????sebab baik punya kena mrh dengan bos kat tempat kerja....aduh tapi bukan salahku....kena marah bg pihak orang lain....leh ke camtu???orang lain buat salah tapi orang lain kena marah???...sabar jela...ingatkan tengah berpuase...senyum..."tak perlu kata apa2...senyum".....

Tengah berpuase tak boleh cakap banyak2...tak boleh simpan dalam ati banyak2....anggap positif jela...sedapkan ati.....(^_^)

 Gambar Hiasan

p/s: salah sendiri,sendiri tanggung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...