Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2011

Masak Mayat Suami

Itulah perkara benar yang berlaku di Karachi apabila seorang isteri telah didapati membunuh suaminya lantaran marah dan kecewa dengan tindakan suaminya yang ingin berkahwin lagi tanpa persetujuannya. Lebih mengerikan lagi apabila mayat si suami yang malang itu di potong-potong menjadi bahagian kecil untuk dimasak.

 Gambar hiasan

Wanita yang bernama Zainab Bibi itu, dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut dengan bantuan anak saudaranya di Selatan, Karachi. Perbuatan kejam tersebut terbongkar selepas pihak polis yang menerima laporan daripada jirannya.


Rasa-rasanyakan sanggup ke nak makan????lau cik changkul memang tak sanggup ler nak menjamahnyer...tapi mungkin disebabkan terlalu marah dengan tindakan suami yang tega untuk berkahwin lain menyebabkan si isteri ini bertindak diluar batas kemanusiaan.

Mungkin si isteri ini berkata kepada suami "why abang???why me???...apa salahku diperlakukan begini???...hehehe

Buat lelaki ambilla ikhtibar yer...ada wanita yang rela dimadu walaupun madu itu manis tetapi disebaliknye mengandungi pahit kepada wanita apabila terpaksa bermadu kasih. Mungkin bagi lelaki bermadu itu manis kerana dia tidak bermadu tetapi telah memadukan isteri-isterinya.

Sumber : mynewshub

Rabu, 23 November 2011

Putar Isteri

Assalammualaikum.....

Ermmm..baca paper metro hari ini...terus ternampak berita utama yang mengerikan iaitu si suami telah menekap ke muka isteri dengan menggunakan seterika panas dan selepas itu telah menjerut leher dan menggantung isterinya di kipas dengan menggunakan selendang tetapi terselamat apabila selendang yang digunakan itu terputus.

Punca utama adalah disebabkan isterinya mempersoalkan mengapa dia diceraikan. Suaminya yang secara tiba-tiba naik berang terus mengmabil seterika yang panas dan menekup ke muka isteri tanpa belas kasihan apabila si isteri merayu kesakitan. Si suami juga dikatakan telah menjadi lebih ganas dengan memukul mangsa dengan menggunakan kaki dan tangan.

Difahamkan, sejurus selepas mangsa terselamat mangsa telah melarikan diri untuk meminta bantuan daripada jiran terdekat.

Gambar Hiasan

Kesimpulannya, adakah wajar isteri dijadikan mangsa keadaan??mangsa panas baran??mangsa kekejaman??seharusnya wanita ini kaum yang dilindungi kerana sifat dan naluri yang lemah-lembut dan sangat sensitif.

Isnin, 19 September 2011

Bertudung tapi....?????

Assalammualaikum....

Dsini cik changkul nak kongsikan gambar ekslusif tentang pemakaian tudung tapi tidak semenggah mana dengan etika pemakaian yang sepatutnya sopan, meutup aurat,tidak mendedahkan rambut dan mendedahkan bentuk badan...Ianya jauh sekali bertentangan dengan hukum Islam...maaflah cik changkul ni pon bukanlah muslimah sangat tapi masih tahu cara berpakaian...

Nampak rambutnyer....


Sapela nak tengok ni???

Terdedah lurah dendam....

Fesyen ape nie???

Tayangan free woo....

Selasa, 13 September 2011

Pelajar disihir guna gambar dalam FB!!!

Assalammualaikum....

Baca suratkhabar kosmo tadi..terbaca pulak artikel tentang seorang wanita disihir dengan menggunakan FB...bahaya betul...sekarang ni macam2 orang boleh buat kalau dah mempunyai PHD ni...kalau rasa tak puas hati sangat cubela bagitau sendiri ape yang tak puas hatinyer...tak pon buat macam sesetengah artis tue hentam kat FB dan TWITTER...

 Petikan dari kosmo :
"Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka."
                                                         Sumber dari kosmo
Jadi peringatan buat semua yang membaca blog nie dan juga buat diri sendiri...berhati2lah sebelum terkena...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Buang bayi lagi...!!!!!!!

Assalammualaikum....

Erm,pagi nie sampai2 ofis jer terus cik changkul online paper metro....ish2...lagi2 kes buang bayi...kali nie lak dekat tempat kelahiranku di Segamat....

 Sedikit petikan daripada hmetro

SEGAMAT: Seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersahur terkejut apabila terdengar tangisan sebelum menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam kotak di depan sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.
  
Adoi,memalukan warga Segamat betollah.....macam manela nak elakkan kes nie daripada terus berleluasa erk????

Tak rase kasih & kesian ke tengok bayi yang tak berdosa nie dibuang????

Kalau cik changkul la kan jumpe bayi nak ajer cik changkul bela tau...sebab kan dapat banyak pahala jage anak2 terbuang nie...kan..kan.....Jadi sesiape yang nak buang bayi tue ingat2lah yer....jangan ingat nak seronok jer....bile dah keluar hasilnyer dibuang bersepah2....sendiri mau ingatla!!!!!

Pasangan yang sah berkahwin bertahun2 nak dapat nak tak dapat2...tapi pasangan yang tak sah senang lak dapat anak kan??Senang pulak nak beranak!!!...senang didunia tapi DISANA nanti??????

p/s: Nauzubillah....mintak dijauhkan dari terjadi pada diriku dan pada kawan2 semua...


Khamis, 18 Ogos 2011

Hukuman setimpal!!!!!

Salam Ramadhan

Sejak akhir-akhir ini kes simbah asid semakin menjadi-jadi dan sangat menggerunkan...Hal seperti pastinya sangat memebimbangkan kerana ianya bukan setakat berlaku kepada kaum wanita sahaja malah kaum lelaki juga berisiko tinggi....

Kes baru-baru ini dimana negara dikejutkan dengan 1 lagi kes mangsa simbahan asid, Mohd. Rafi Abdul Latiff, 28. Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas. Mohd Rafi dikatakan melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.

Difahamkan, pihak polis mengkategorikan kesalahan simbah asid di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda RM1,000 terhadap pesalah....Ish-ish memang tak setimpal betol hukuman nie jika nak dibandingkan dengan kesan trauma yang dialami oleh mangsa dan kecederaan kekal yang perlu dihadapi oleh mangsa ini kan....sepatutnya kes jenayah nie diberikan hukuman yang lebih berat dan berat biar jadi pengajaran kepada semua...jangan ingat sesuke ati jer nak simbah asid dan cuka getah kat orang lain...(marah ni.....marah)

Ikuti kisah selanjutnyer di SINI

Muhammad Khairun...mangsa terbaru

p/s: Janganla menganiaya orang yang tidak bersalah


Rabu, 17 Ogos 2011

Apekejadahnyer...

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan.....:)

Changkul terbaca kat paper kosmo arini mngenai anak kepada pelakon veteren Azean Irdawaty iaitu benjy yang kesnyer disebut semula selepas 2 tahun tetangguh...

Khabarnyer dia hanya dikenakan bayaran denda sebanyak RM5000 sahaja atau 6 bulan penjara atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram...

Aduhai apela nak jadi dengan manusia sekarang...nak idup mewah dengan cara yang salah....untuk info lanjut klik sini 


p/s: perbuatan yang tidak baik akan mendapat balasan yang setimpal...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...