Khamis, 18 Ogos 2011

Hukuman setimpal!!!!!

Salam Ramadhan

Sejak akhir-akhir ini kes simbah asid semakin menjadi-jadi dan sangat menggerunkan...Hal seperti pastinya sangat memebimbangkan kerana ianya bukan setakat berlaku kepada kaum wanita sahaja malah kaum lelaki juga berisiko tinggi....

Kes baru-baru ini dimana negara dikejutkan dengan 1 lagi kes mangsa simbahan asid, Mohd. Rafi Abdul Latiff, 28. Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas. Mohd Rafi dikatakan melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.

Difahamkan, pihak polis mengkategorikan kesalahan simbah asid di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda RM1,000 terhadap pesalah....Ish-ish memang tak setimpal betol hukuman nie jika nak dibandingkan dengan kesan trauma yang dialami oleh mangsa dan kecederaan kekal yang perlu dihadapi oleh mangsa ini kan....sepatutnya kes jenayah nie diberikan hukuman yang lebih berat dan berat biar jadi pengajaran kepada semua...jangan ingat sesuke ati jer nak simbah asid dan cuka getah kat orang lain...(marah ni.....marah)

Ikuti kisah selanjutnyer di SINI

Muhammad Khairun...mangsa terbaru

p/s: Janganla menganiaya orang yang tidak bersalah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...