Jumaat, 25 November 2011

Salam Maal Hijrah


“Orang yang berhijrah ialah orang menjauhi
apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya.”
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim


Semoga Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun Lepas...

Masak Mayat Suami

Itulah perkara benar yang berlaku di Karachi apabila seorang isteri telah didapati membunuh suaminya lantaran marah dan kecewa dengan tindakan suaminya yang ingin berkahwin lagi tanpa persetujuannya. Lebih mengerikan lagi apabila mayat si suami yang malang itu di potong-potong menjadi bahagian kecil untuk dimasak.

 Gambar hiasan

Wanita yang bernama Zainab Bibi itu, dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut dengan bantuan anak saudaranya di Selatan, Karachi. Perbuatan kejam tersebut terbongkar selepas pihak polis yang menerima laporan daripada jirannya.


Rasa-rasanyakan sanggup ke nak makan????lau cik changkul memang tak sanggup ler nak menjamahnyer...tapi mungkin disebabkan terlalu marah dengan tindakan suami yang tega untuk berkahwin lain menyebabkan si isteri ini bertindak diluar batas kemanusiaan.

Mungkin si isteri ini berkata kepada suami "why abang???why me???...apa salahku diperlakukan begini???...hehehe

Buat lelaki ambilla ikhtibar yer...ada wanita yang rela dimadu walaupun madu itu manis tetapi disebaliknye mengandungi pahit kepada wanita apabila terpaksa bermadu kasih. Mungkin bagi lelaki bermadu itu manis kerana dia tidak bermadu tetapi telah memadukan isteri-isterinya.

Sumber : mynewshub

Rabu, 23 November 2011

Putar Isteri

Assalammualaikum.....

Ermmm..baca paper metro hari ini...terus ternampak berita utama yang mengerikan iaitu si suami telah menekap ke muka isteri dengan menggunakan seterika panas dan selepas itu telah menjerut leher dan menggantung isterinya di kipas dengan menggunakan selendang tetapi terselamat apabila selendang yang digunakan itu terputus.

Punca utama adalah disebabkan isterinya mempersoalkan mengapa dia diceraikan. Suaminya yang secara tiba-tiba naik berang terus mengmabil seterika yang panas dan menekup ke muka isteri tanpa belas kasihan apabila si isteri merayu kesakitan. Si suami juga dikatakan telah menjadi lebih ganas dengan memukul mangsa dengan menggunakan kaki dan tangan.

Difahamkan, sejurus selepas mangsa terselamat mangsa telah melarikan diri untuk meminta bantuan daripada jiran terdekat.

Gambar Hiasan

Kesimpulannya, adakah wajar isteri dijadikan mangsa keadaan??mangsa panas baran??mangsa kekejaman??seharusnya wanita ini kaum yang dilindungi kerana sifat dan naluri yang lemah-lembut dan sangat sensitif.

Isnin, 21 November 2011

Video yang meruntun hatiku

Video Pilihan Hari Ini

Perkahwinan Artis pada 20/11/2011

Sekarang nie tengah musim kawen...lebih-lebih lagi bulan november nie banyak tarikh yang cantik...berebut-rebutla pasangan nak melangsungkan walimatul urus masing-masing sebagai tarikh yang bersejarah. 
Cik changkul nak cerita nie tarikh yang cantik iaitu 20.11.2011....wah,ramai jugak artis yang memilih tarikh nie ye....pasangan artis yang memilih tarikh nie untuk melangsungkan pernikahan adalah :
1) Zahiril Adzim dengan pasangan Shiera Ayob
2) Michelle dan Deqwan
3) Ezlynn dan Adam Fahmy 


Pasangan Comel Zahiril Adzim dan Shiera Ayob

Pelakon siri Juvana, Zahiril Adzim telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan juga pengacara, Shiera Ayob di Ipoh Perak. Dikatan Shiera menerima RM 18,000 dengan mas kahwin RM 1,001.






 Gambar Kredit Beautifulnara

Pasangan Michelle (Melodi) dan Deqwan (Remaja TV9)


Dengan sekali lafaz, pengacara Melodi yang sensasi iaitu Michelle Wee, atau nama Islamnya, Dalili Michelle Abdullah Wee telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Tengku Naharuddin atau Deqwan. Michelle telah menerima hantaran berjumlah RM 8,888.00 dan mas kahwin RM 300 dengan hantaran lima dulang berbalas tujuh

 Gambar kredit Beautifulnara

Sumber kredit CST PRODUCTION

Pasangan Ezlynn dan Adam Fahmy

Akhirnya, penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu hi hi bye bye ini telah selamat diijabkabul bersama pasangannya Adam Fahmy Shamsudin. Ezlynn telah menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20 dan mas kahwin RM 80.



Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga tahniah diucapkan kepada pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada tarikh 20.11.2011.

Jumaat, 18 November 2011

Mengantuk

Mood di kala waktu ini adalah seperti gambar baby dibawah ini...alangkah syoknyer jikalau dapat melelapkan mata diwaktu hujan sebegini....huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...