Jumaat, 25 November 2011

Masak Mayat Suami

Itulah perkara benar yang berlaku di Karachi apabila seorang isteri telah didapati membunuh suaminya lantaran marah dan kecewa dengan tindakan suaminya yang ingin berkahwin lagi tanpa persetujuannya. Lebih mengerikan lagi apabila mayat si suami yang malang itu di potong-potong menjadi bahagian kecil untuk dimasak.

 Gambar hiasan

Wanita yang bernama Zainab Bibi itu, dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut dengan bantuan anak saudaranya di Selatan, Karachi. Perbuatan kejam tersebut terbongkar selepas pihak polis yang menerima laporan daripada jirannya.


Rasa-rasanyakan sanggup ke nak makan????lau cik changkul memang tak sanggup ler nak menjamahnyer...tapi mungkin disebabkan terlalu marah dengan tindakan suami yang tega untuk berkahwin lain menyebabkan si isteri ini bertindak diluar batas kemanusiaan.

Mungkin si isteri ini berkata kepada suami "why abang???why me???...apa salahku diperlakukan begini???...hehehe

Buat lelaki ambilla ikhtibar yer...ada wanita yang rela dimadu walaupun madu itu manis tetapi disebaliknye mengandungi pahit kepada wanita apabila terpaksa bermadu kasih. Mungkin bagi lelaki bermadu itu manis kerana dia tidak bermadu tetapi telah memadukan isteri-isterinya.

Sumber : mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...