Isnin, 21 November 2011

Perkahwinan Artis pada 20/11/2011

Sekarang nie tengah musim kawen...lebih-lebih lagi bulan november nie banyak tarikh yang cantik...berebut-rebutla pasangan nak melangsungkan walimatul urus masing-masing sebagai tarikh yang bersejarah. 
Cik changkul nak cerita nie tarikh yang cantik iaitu 20.11.2011....wah,ramai jugak artis yang memilih tarikh nie ye....pasangan artis yang memilih tarikh nie untuk melangsungkan pernikahan adalah :
1) Zahiril Adzim dengan pasangan Shiera Ayob
2) Michelle dan Deqwan
3) Ezlynn dan Adam Fahmy 


Pasangan Comel Zahiril Adzim dan Shiera Ayob

Pelakon siri Juvana, Zahiril Adzim telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan juga pengacara, Shiera Ayob di Ipoh Perak. Dikatan Shiera menerima RM 18,000 dengan mas kahwin RM 1,001.






 Gambar Kredit Beautifulnara

Pasangan Michelle (Melodi) dan Deqwan (Remaja TV9)


Dengan sekali lafaz, pengacara Melodi yang sensasi iaitu Michelle Wee, atau nama Islamnya, Dalili Michelle Abdullah Wee telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Tengku Naharuddin atau Deqwan. Michelle telah menerima hantaran berjumlah RM 8,888.00 dan mas kahwin RM 300 dengan hantaran lima dulang berbalas tujuh

 Gambar kredit Beautifulnara

Sumber kredit CST PRODUCTION

Pasangan Ezlynn dan Adam Fahmy

Akhirnya, penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu hi hi bye bye ini telah selamat diijabkabul bersama pasangannya Adam Fahmy Shamsudin. Ezlynn telah menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20 dan mas kahwin RM 80.



Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga tahniah diucapkan kepada pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada tarikh 20.11.2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...