Assalammualaikum semua.....
Dah tengah2 malam baru rase nak wat entri baru....tu pon sebab terpandang info sisipan dari suratkhabar Berita Harian....ialah info yang menarik ape salahnyer di kongsi bersama...ilmu...cam pepatah mengatakan tak baik kedekut ilmu...erkk???betol ke pepatah tue????hehehe..hentam sajalah labu...uhuhu
Info yang bagus untuk panduan bersame :
1. Hadkan jumlah kad kredit dan wang selain tentukan had perbelanjaan bagi setiap kad yang dimiliki.
2. Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli. Ini membolehkan kita membuat perbandingan harga yang ditawarkan.
3. Ketahui keperluan kita. Senaraikan nama & harga lebih kurang barang2 yang hendak dibeli. Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.
4. Jika tidak boleh mengawal diri ketika membeli-belah,seelok-eloknya bawalah teman yang boleh mengawal kita untuk membuat pilihan yang bijak.
5. Gunakan bakul jika barang yang hendak dibeli tidak banyak. Elakkan daripada menggunakan troli krn akan memancing kita untuk membeli yang bukan2.
6. Pastikan barang keperluan dibeli mencukupi bagi mengelakkan selalu ke pasar raya yang akan menjejaskan jadual belanja.
7. Bagi mengelakkan diri kita 'tergoda',usah berlegar2 ditempat barang yang kita tidak perlukan.
8. Catat setiap perbelanjaan.
9. Untuk keperluan barangan perayaan, pastikan & senaraikan barang keperluan bebanding kehendak. Senaraikan barangan terpenting.
10. Memujuk & menerangkan dgn baik kpd isteri & anak jika mereka ingin memiliki barangan yang anda tidak mampu.
Info ini rasanyer sangat sesuai bagi kaum2 lelaki terutamanya suami....yelah dengan dunia harini semua barangan melambung tinggi...lebih2 lagi dengan kehadiran syawal yang bakal tiba..pasti banyak perbelanjaan yang akan dilakukan...yang pastinyer jangan kerana nak beraya sakan kite meminjam daripada bank...paling gerun sekali sampai sanggup pinjam daripada along...maklumla nak digelar "biar papa asal bergaya....diharap info ini menjadi panduan kepada semua....
p/s: renung2kan dan selamat berjimat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan