Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2011

Tips berguna untuk blogger dari Ben Ashaari

Assalammualaikum...Hye kawan sume....

Tadi cik changkul de blogwalking ke blog Ben Ashaari nie...Blogger paling termashyur ke abad ini...hehe..beliau bercerita tentang "Tips untuk maju dalam dunia blog"....wah,memang tersangatla menarik tajuk nie terutamanya bagi blongger yang baru nak berjinak2 dalam dunia nie cam cik changkul gak...hehehe

Cik changkul nak mintak izinla yer dari Mr Ben Ashaari kite nie tuk copy ckit kata2 hikmahnyer tue kat cni sbg panduan sesape yang blogwalking kat blog changkul nie...huhu...



Petikan diambil dari blog benashaari ..."contoh paling mudah .. untuk maju, banyakkan latihan ..banyakkan kajian..Tanpa latihan , kita tak tau kelemahan .. Di situ kita akan kaji...Apa sebenarnya 'blog' dan identiti kita ..Beberapa buah blog yang baru 'lahir' , aku nampak mampu pergi jauh kerana punya identiti  yang tidak tercemar atau terikut cara blogger lain .." 

Beliau juga bekata... "naik dengan bijak.. Gunakan bakat , kreativiti , usaha ... jangan sesekali gunakan pendekatan keji kerana bumi ni bulat ... Hari ni kita gelakkan orang , esok lusa orang gelakkan kita...nak gembira dalam dunia blog ni sangatlah mudah .. Hasilkan entri yang mengembirakan dan memberi manfaat pada pembaca .. Tak kira 1 orang atau 10 ribu orang baca , yang penting mereka memahaminya dan mengangguk akan 'keistimewaan' blogger tu menyampaikannya .."

Itulah antara kata2 petikan dari Mr Ben Ashaari kite nie...harap2nyer ianya dapat menyuntik semangat baru buat blogger baru mcm cik changkul...Thanks ya Mr Ben atas info & nasihat tersebut....

SALAM RAMADHAN

p/s: takde yang baru takde yang lame....




Sabtu, 20 Ogos 2011

Panduan bijak berbelanja...

Assalammualaikum semua.....


Dah tengah2 malam baru rase nak wat entri baru....tu pon sebab terpandang info sisipan dari suratkhabar Berita Harian....ialah info yang menarik ape salahnyer di kongsi bersama...ilmu...cam pepatah mengatakan tak baik kedekut ilmu...erkk???betol ke pepatah tue????hehehe..hentam sajalah labu...uhuhu

Info yang bagus untuk panduan bersame :
1. Hadkan jumlah kad kredit dan wang selain tentukan had perbelanjaan bagi setiap kad yang dimiliki.
2. Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli. Ini membolehkan kita membuat perbandingan harga yang ditawarkan.
3. Ketahui keperluan kita. Senaraikan nama & harga lebih kurang barang2 yang hendak dibeli. Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.
4. Jika tidak boleh mengawal diri ketika membeli-belah,seelok-eloknya bawalah teman yang boleh mengawal kita untuk membuat pilihan yang bijak.
5. Gunakan bakul jika barang yang hendak dibeli tidak banyak. Elakkan daripada menggunakan troli krn akan memancing kita untuk membeli yang bukan2.
6. Pastikan barang keperluan dibeli mencukupi bagi mengelakkan selalu ke pasar raya yang akan menjejaskan jadual belanja.
7. Bagi mengelakkan diri kita 'tergoda',usah berlegar2 ditempat barang yang kita tidak perlukan.
8. Catat setiap perbelanjaan.
9. Untuk keperluan barangan perayaan, pastikan & senaraikan barang keperluan bebanding kehendak. Senaraikan barangan terpenting.
10. Memujuk & menerangkan dgn baik kpd isteri & anak jika mereka ingin memiliki barangan yang anda tidak mampu.


Info ini rasanyer sangat sesuai bagi kaum2 lelaki terutamanya suami....yelah dengan dunia harini semua barangan melambung tinggi...lebih2 lagi dengan kehadiran syawal yang bakal tiba..pasti banyak perbelanjaan yang akan dilakukan...yang pastinyer jangan kerana nak beraya sakan kite meminjam daripada bank...paling gerun sekali sampai sanggup pinjam daripada along...maklumla nak digelar "biar papa asal bergaya....diharap info ini menjadi panduan kepada semua....



p/s: renung2kan dan selamat berjimat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...