Assalammualaikum....
Hari  tu adalah terbaca artikel nie kt sebuah majalah tapi lupe la pulak  dalam majalah ape ek....(mintak izinla copy yer..hehehe). Artikel  nie cam best jer...mungkin anda semua dah pernah baca kot...tapi  takpela cik changkul kongsikan sekali lagi la yer...buat renungan  bersama.....~lalalalalala~
1.Wanita  yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit  akan di ampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanyer dan apabila dia  hiburkan hati anak-anaknyer ALLAH memberi 12 tahun pahala ibadat.
2.Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah' akan di doakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3.Wanita yang mengauli tepung gandum dengan 'bismillah', ALLAH akan memberkati rezekinya.
4.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
5.Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
6.Wanita yang bersalin akal ALLAH kurniakan 1 pahala Haji.
7.Sekiranye wanita mati dalam masa 40hari selepas bersalin, dia akan dikira sbg mati syahid.
8.Jika wanita melayani suaminya tanpa khianat akan dapat pahala 12 tahun solat.
9.Jika  wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 1/2 tahun)maka malaikat  dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
10.Jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yang menangis, ALLAH akan memberi pahala 1 tahun solat & puasa.
11.Jika  wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahal 7 tola emas dan  jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola  perak.
12.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
13.Jika suami mengajarkan isterinya 1 masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
14.Semua  orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALLAH di akhirat, tetapi ALLAh  akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai  purdah didunia ini dengan istiqamah.
  | 
| Gambar hiasan | 
                                        
p/s : Renung-renungkan wahai wanita dan selamat beramal....hihihi